BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 5 March 2014

5th Job

Haloooooo.... Entry kedua untuk malam ni....entry yang dijanjikan selepas job keempat hari tu... Job ni berlangsung bukan di Telok Panglima Garang, salah informasi rupanye...setelah mendapat kad jemputan barula lah sahih kebenarannya...


Lokasi kali ni adalah di Jalan Paip Meru Klang... Kawasan yang didiami majoriti oleh masyarakat jawa, begitu juga tuan rumah disini yang berketurunan jawa dan sangat peramah..mudah di bawa berbincang dan sangat meriah majlis perkahwinan pada kali ini..


Tema kali ini, muzik sentimental beserta kronologi protokol sambut pengantin bermula dari paluan kompang, ucapan aluan, bacaan doa dan perarakan mempelai ke singgahsana...


Bersama rakan yang sentiasa menemani sepanjang menerima tugasan...


Job kali ini agak sempoi dan tiada masalah yang berlaku..semakin banyak menerima job semakin banyak yang kami belajar untuk memperbaiki diri....istimewanya kali ini, saya mengetuai bacaan doa untuk mempelai bagi memberkati majlis pada hari itu... Sehingga ada permintaan supaya melaungkan azan ( macam pak bilal di masjid tu... ) huhuhu mungkin next job baru ada keyakinan yang lebih kot... Satu idea yang bagus dan sangat bernilai untuk saham akhirat khususnya... Hehehe...insyaAllah satu hari nanti...
  
Sekian coretan job kelima dari kami...sekiranya ada yang berminat dengan perkhidmatan kami, hubungi kami seperti yang tertera dalam bussines card ye... Jumpa lagi di job akan datang...



0 comments: